Ahad, 9 April 2017

LANGKAH MUDAH HILANGKAN KULIT KERING DAN KUSAM

Terdapat dua perkara yang paling ditakuti oleh kaum wanita. Nak tahu apa dia?

1. Masalah berat badan
2. Masalah kulit muka

Kebanyakkan kaum wanita sanggup berhabis wang ringgit, masa dan segalanya untuk dua perkara ini. Sudah menjadi lumrah wanita ni sukakan kecantikan. Dalam keghairahan mencari produk untuk mengatasi masalah tersebut, perlu diingat pilihlah produk yang halal, semulajadi dan yang ada Landmark Study. Jangan main hentam kormo saja dan akhirnya merosakkan diri sendiri.

Apa yang nak diceritakan disini adalah tentang masalah kulit. Masalah kulit muka perlu dirawat dengan cara yang betul sebelum menjadi lebih teruk. Menjadi trend masa kini, kebanyakan wanita memilih teknik solekan bagi menutup cela pada wajah dan sekaligus memberi impak cantik daripada wajah asal. Perlu diambil kira, kos alat solek juga besar dan sejauh mana ia membantu masalah kulit yang anda hadapi? Jika diberi pilihan memiliki kulit wajah cantik sihat semulajadi atau solekan untuk nampak cantik yang mana satu pilihan anda? Sudah tentu ramai yang ingin cantik semulajadi kerana ia membaiki struktur kulit dari dalam manakala solekan yang hanya bersifat sementara malah memakan masa berjam-jam untuk bersiap sebelum keluar rumah.


Disini saya kongsikan beberapa langkah mudah untuk hilangkan masalah kulit kering dan kusam.

1. Minumlah air kosong sebanyaknya kerana air mampu memberi kesegaran pada kulit dan tubuh kita.

2. Pakailah krim pelindung UV ketika keluar dari rumah, tak kira kita bekerja di bawah panas terik atau di dalam ofis. Kerana ia mampu menghalang kulit daripada panahan matahari yang mampu merosakkan struktur kulit.

3. Jagalah pemakanan kita - Elakkan mengambil makanan yang berminyak malah lebihkan makanan yang tinggi serat dan nutrisi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

4. Pakailah pelembab muka sebelum tidur. Ianya dapat mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kulit daripada menjadi kusam.

5. Hindari stress yang melampau kerana stress melampau boleh menyebabkan kulit yang kering dan kusam menjadi lebih teruk. Sebaiknya cari jalan bagi mengelakkan stress dan rehatkan diri secukupnya.



6. Amalkan pengambilan suplemen yang betul dan konsisten. Masalah kulit kering dan kusam boleh dirawat dengan Set Cantik Tanpa Cela daripada Shaklee ini. Ianya mampu milik dan sangat berbaloi.


Anda boleh terus hubungi saya di talian 012.530.9250 untuk mendapatkan set ini.


Tiada ulasan:

Catat Komen