Kisahku si anak Peneroka
=====================
Mak selalu cerita kisah dulu-dulu. Kisah mula bertapak di Tanah Rancangan Felda. Sebelum tu mak dan abah tinggal di kampung Parit Buntar, Perak. Menumpang tanah orang buat rumah pondok.😠ðŸ˜Mak dan abah kerja sebagai pesawah bendang untuk menyara kehidupan yang baru bermula. Tak lama kemudian abah mula mencuba nasib sebagai pemandu teksi.
Dalam selesa dengan pekerjaan baru tu..abah terima tawaran tinggal di tanah rancangan felda. Abah agak keberatan untuk berpindah namun, akhirnya akur dengan takdir. Bermulalah pahit getir kehidupan sebagai seorang peneroka. Kerana terlalu gembira nak duduk rumah baru..mak dan abah pindah dengan 5 orang anak dan ketika itu mak sarat mengandung no 7. Dengan elektrik dan air masih belum dipasang maka terpaksa berlampukan pelita minyak tanah dan turuni bukit mengambil air sungai untuk kegunaan seharian..
Punca pendapatan masa tu adalah dengan menoreh getah dan mengusaha kebun kelapa sawit. Kesempitan hidup memaksa mak juga keluar bekerja sebagai penoreh getah. Walaupun saya merupakan anak no 8 iaitu anak bongsu tetapi merasa juga ikut mak menoreh getah, korek getah skrap dan jual untuk menyara hidup..baunya terlalu harumm sangatt😂😂..mak cakap jangan merungut tak baik..itu bau duit..Masa tu umur saya seawal 6- 8tahun! Nak tinggal, tak ada orang nak jaga, jadi terpaksa mak angkut saya dan kakak yang no 7 bersama ke kebun getah. Masa nak ikut mak mesti pakai ubat nyamuk bubuh dalam bekas dan ikat kat pinggang dengan tali sebab nak halau nyamuk..tapi nyamuk tetap ikut...maklumla..darah manis..😅😅..
Walaupun dulu hidup susah namun tak pernah tak bertukar baju raya. Taklah sampai tak dapat bersekolah..semuanya cukup belaka walaupun tak mewah.
Respect betul kat mak dan arwah abah yang begitu cekal membanting tulang 4 kerat demi menyara keluarga. Bila dikenang sedih sangat..ðŸ˜ðŸ˜walaupun kehidupan susah pada mulanya..namun Alhamdulillah akhirnya jauh berbeza. Semuanya berkat kesabaran dan kecekalan mak dan arwah abah. Semuanya berkat doa tak henti-henti daripada mereka. Ya Allah sayangi mereka..(mak dan abah) Seperti mereka menyayangi dan mengasihi kami semasa kami kecil lagi.
Semoga kisah ini menjadi iktibar untuk saya bersabar dan secekal mereka sebelum berjaya dalam biz shaklee. Aamiin..
#tsunamishaklee#u2power
#fjmfamilies