Jumaat, 3 Mac 2017

MENTOR SAYA

 MENTOR.

Dalam biz ni kita memang perlu ada mentor supaya apa yang kita buat ada guide line dan bersemangat ingin mencontohi dan berjaya seperti mentor kita.

Mentor yang paling dekat dihati saya tentulah upline saya atau mama saya..beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dalam biz Shaklee..banyak tunjuk ajar dan nasihat yang telah beliau curahkan kepada saya sehingga kini. Impian  saya ingin berjaya seperti beliau satu hari nanti..Tak dinafikan, semua upline-upline dan leader Shaklee adalah mentor saya..termasuklah sideline juga ada yang begitu saya kagumi kerana bagi saya, masih banyak yang perlu dipelajari tentang ilmu biz ni daripada mereka.7

Selain daripada itu,ayah, ibu, suami dan kakak-kakak saya semuanya merupakan mentor saya juga. Mereka merupakan tulang bekakang saya dan diantara yang saya sangat kagumi kerana pengorbanan mereka dari zaman kepayahan dulu..adik beradik saya semua ada biz sendiri..pemikiran sihat membuatkan kami saling bersaing secara positif untuk sama-sama berjaya mencapai hala tuju masing-masing InshaAllah..


#tsunamishaklee
#u2power
#lovetilljannah
#FJMfamilies

PERCUTIAN IDAMAN

Percutian yang macam mana yang saya impikan..?
Bercuti di Hotel 5 atau 6 bintang, mesti ada view yang cantik dan sedap mata memandang..mesti ada kolam renang atau pantai untuk mandi-manda bersama keluarga tersayang dan kalau boleh tidak berapa jauh dari bandar.

Begitulah percutian idaman saya. Tak kira dalam atau luar negara, yang penting percutian yang sangat bermakna dan sangat berbaloi-baloi..


Bagaimana percutian idaman anda..?

#tsunamishaklee
#u2power
#FJMfamilies

KEPENTINGAN ALIRAN TUNAI DALAM BISNES

Nak berbiz ni bukan mudah..perlu ada perancangan yang details terutamanya tentang aliran wang keluar masuk.

°

Bila dah buat azam 2017 haritu nak buat biz betul-betul kenalah tahu cara biz yang betul kan..mama ni baru belajar berbiz..banyak benda kena belajar..task kali ni pun mama dapatkan sedikit-sedikit info daripada rakan-rakan biz, leader dan upline mama. Tapi bukan ambil bulat-bulat..kena hadam dan buat task sendiri jugak supaya kita lebih faham dan cepat belajar. Itulah keunikan biz Shaklee ni. Belajar sendiri dan perlu berani untuk berubah.

°

Kalau dulu kan..biz main campur adukkan semua dalam akaun gaji..lepastu berbelanja sampai habis..mana nak nampak kemana duit biz tu pergi.😅😅..

°
Apa yang mama faham Aliran tunai ni penting untuk mengembangkan biz kita supaya kita tahu sama ada biz kita tu punya potensi atau tidak?berjalan dengan baik atau tidak? Kalau tak berapa cantik tu bermakna kita kena lipat gandakan usaha kita.

°
Tahun ni mama nak cabar jugak diri mama untuk lebih disiplin dan perbaiki pengurusan aliran tunai biz mama untuk lebih baik.

°
Ni antara penambahbaikan yang mama perlu buat dalam biz mama:

>rekod aliran keluar masuk duit
>rekod untung/rugi
>simpan resit-resit jualan untuk memudahkan rujukan
>asingkan akaun biz dan akaun gaji
>asingkan untung runcit

Semoga sedikit info ni dapat manfaat untuk mama dan semua rakan biz..😊😊😊

#tsunamishaklee
#U2power
#liveamazing
#fjmfamilies
#pengedarshakleeipoh

KEAJAIBAN VIVIX

VIVIX YANG POWER

Mengapa?

Sesiapa yang cuba pasti akan jatuh cinta kerana kehebatannya.

Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix merupakan paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada Poligonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Unggu.

Vivix merupakan suplemen anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan suplemen pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.

KEBAIKAN VIVIX

-Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan.
-Memelihara keseluruhan kesihatan.
-Anti oksida yang sangat baik (Awet muda)
-Membantu anda merasa lebih bertenaga
-Membantu mengurangkan risiko Kanser
-Membantu pesakit diabetis
-Menguatkan sistem imun

Bulan ni ada lagi promo untuk VIVIX..beli 6 percuma 1 @ beli 2 dapat 5% less..meh cuba kalau nak test power..nak tengok power lagi, meh tengok testimoni di bawah ni...

#u2power
#tsunamishaklee
#pts3
#shakleeeffect
#liveamazing
#fjmfamilies
#pengedarshakleeipoh

JOM BELAJAR 7 JARS SYSTEM

JOM BELAJAR 7 JARS SYSTEM

Syukur sangat..upline dan leader banyak share ilmu..dapatla kita kongsikan bersama..itulah kelebihan Biz Shaklee..sangat pemurah..bila tengok master-master kami umpama resmi padi semakin berisi semakin tunduk..hebat-hebat sungguh!

Kalini dapat ilmu baru lagi iaitu Sistem 7 Jars..Apa itu 7 jars? Mesti korang nak tahu jugakkan?meh kita sama-sama belajar.

7 jars adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diasakan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara untuk menabung.

Dlm 6 jars, ada 6 tabung,

💰NEC (necessity) - tabung utk benda2 keperluan  dan belanja harian, bil, anak2

💰EDU (education) - tabung utk pembelajaran, buku, kelas...

💰LTSS (long term saving for spending) - tabung utk sesuatu benda yg nk pakai duit yg byk, cthnya nk beli rumah

💰FFA (financial freedom) - tabungan utk hari tua bila dah xmampu cari duit

💰PLAY (leisure) - tabung utk buat apa yg kita suka, hobby, travel, etc

💰GIVE (charity) - tabung utk kebajikan

Dan kita tambah satu lagi jar,

💰PARENTS (ibu bapa) - wang bulanan utk ibu bapa walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa dh meninggal dunia, gunakan utk urusan2 mrk yg belum selesai dan kalau smeua dh selesai, bersedekahlah on behalf of diorang.

Macamana nak start buat 7 jars ni?

Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut percentage,

NEC 50%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENTS 10%

Jadi kalau bonus RM10,000,

RM5000 untuk NEC, keperluan harian
RM500 untuk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang pi kelas, etc
RM1000 untuk LTSS, kumpul duit nak beli rumah
RM500 untuk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham ke emas ke
RM1000 untuk PLAY, tabung travel!
RM1000 untuk GIVE, sedekah, zakat semua
RM1000 untuk parents.

Percentage boleh ubah2 ikut situasi masing-masing tapi mesti strict tiap-tiap bulan duit mesti pergi ke tempat-tempat tu. Masuk tabung jangan korek-korek dah ya!

Walaupun bonus baru RM50 pun kena buat juga macam ni. Takpe bagi 50 sen kat parents pun, takde 50 sen takdela 5000 kan.

Menarik kan..??Jom kita start 7 jars sekarang..!!

#tsunamishaklee
#u2power
#fjmfamilies
#shakleeeffect
#liveamazing

SOHO (Small Office Home Office)

Bestnya tengok SOHO impian kawan-kawan semua cantik-cantik. Terus mama google cari SOHO impian mama pulak.hehe..

Tak salah punyai impian selagi ia baik dan positif bagi kita. At least tak dapat banyak dapat sikit..tak dapat besar dapat kecil. Semuanya milik Allah. Yang penting berusaha, doa, tawakal.. bersyukur dengn segala pemberian dari Nya..

Kalau sebelum ni berbiz dimana-mana saja. Sepatutnya perlu ada tempat khas untuk kita agar lebih sistematik dan teratur. Bagus miliki SOHO ni ikut kemampuan masing-masing.

In sha Allah..bila tengok SOHO impian ni jadi berkobar-kobar semangat agar berusaha lagi dan lagi...mudahan tercapai punyai SOHO impian.😊😊😊

Small Office Home Office!

#tsunamishaklee
#u2power
#pts3
#fjmfamilies
#liveamazing