Jumaat, 14 April 2017

TIPS CERAHKAN KULIT MUKA SECARA SEMULAJADI

Mesti ramai yang impikan kulit muka yang putih gebu kan? Kalau diberi peluang dapat kulit macam tu mesti kita gembira. Kalau boleh, carilah produk yang benar-benar selamat dan semulajadi ya! Bagi yang tercari-cari cara bagaimana nak mencerahkan kulit, disini saya akan kongsikan tips cerahkan kulit secara semulajadi.

#1 Buat masker madu dan yogurt

Yogurt ni seperti susu, mempunyai enzim yang boleh memutihkan kulit dengan lembut. Madu pula mempunyai ciri-ciri pelembapan dan antibakteria. Adunan kedua-dua bahan ini akan menghasilkan masker yang menyihatkan.

Caranya: Campurkan  satu bahagian madu dan satu bahagian yogurt, kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
-pastikan menggunakan yogurt biasa tanpa gula kerana yogurt berperisa akan menjadi terlalu melekit dan tidak sesuai untuk dibuat masker.
-sebagai ganti madu, cuba gantikan dengan buah avocado atau daun lidah buaya (alovera). Kedua-duanya mempunyai kesan  pelembapan yang bagus.

#2 Sapukan larutan jus lemon

Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semulajadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap.

Caranya: Buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada wajah anda. Biarkan selama15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
-hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya 1 hingga 2 kali seminggu kerana menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembab selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda.


#3 Masker Timun

Ramai yang tidak tahu bahawa timun memiliki kandungan air yang tinggi sekaligus bermanfaat melembabkan kulit wajah. Ia juga bertindak sebagai agen pencerah kulit terbaik.

Caranya: Ambil separuh timun yang segar dan kisarkan ia. Titiskan air perahan lemon dan gaulkan rata. Letakkan ke seluruh wajah dan leher anda selama 15 minit. Selepas itu bilas dengan air suam. Lakukannya setiap hari mengikut kerajinan anda.


#4 Scrub Biji Kopi Dan Minyak Zaitun

Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah. Untuk mendapatkan kesan cerah sempurna pada kulit, lakukan cara ini sekerap yang mungkin.

Caranya: Pertama sekali, campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk wajah anda. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa.


#5 Barli Goreng Dan Jus Limau

Barli menjadi pilihan utama untuk menghilangkan panas dalam badan ketika demam. Tetapi harus diambil tahu juga yang barli ini juga digunakan sebagai baham untuk mencerahkan kulit kerana kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan galian didalamnya merupakan sumber terbaik serat pemakanan. Jika ingin kelihatan cantik, maka anda perlu rajin untuk mengamalkan petua ini.

Caranya: Ambil segenggam barli yang telah digoreng tanpa minyak. Tumbuk barli sehingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan limau nipis yang telah dicampurkan air masak. Sapukan bancuhan air tersebut di seluruh wajah sebelum tidur.


#6 Rendam Di Dalam Air Beras

Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita. Tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi.

Caranya: Hanya berendam menggunakan  air beras selama 15 minit sehari dan lakukan 2 kali sehari. Anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu.


#7 Cukupkan Keperluan Asas Tubuh

Kurang minum air boleh menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Untuk itu, kita harus mengambil mineral yang mencukupi setiap hari.

Caranya: Semudah ABC iaitu dengan banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Walaupun nampak remeh namun minum air putih akan memberikan banyak manfaat untuk tubuh kita.


Selain pengambilan air putih yang secukupnya, pengambilan vitamin C juga membantu untuk mencerahkan kulit secara semulajadi. Ini kerana vitamin C membantu memperlahankan pengeluaran melanin.

-Vitamin C menghalang enzim tyrosinase, jadi kuranglah penghasilan pigment (jeragat).

-Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang menentang radikal bebas yang menyebabkan kulit cepat tua dan semakin gelap.

MANFAAT VITAMIN C

Terdapat banyak manfaat daripada vitamin C yang kita tidak tahu. Ia bukan sahaja mencerahkan dan memutihkan kulit, malah ia juga berperanan besar untuk kulit yang cantik dan sihat.

Antara manfaatnya ialah:
-penting untuk sintesis kolagen. Kolagen adalah bahagian yang penting dalam kulit dimana ia memberikan keanjalan dan menjadikan kulit kelihatan muda dan tegang. Vitamin C memberitahu badan untuk menghasilkan kolagen dengan lebih banyak.

-Vitamin C sangat-sangat penting melawan kesan kemerahan dan keradangan pada kulit.
-ia juga bertindak sebagai agen penyembuh luka. Vitamin C membantu untuk menjaga dinding saluran darah dan kapilari darah agar sentiasa kuat dan utuh.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber vitamin C ialah seperti buah kiwi, oren, jambu batu, nenas dan strawberi manakala sayuran pula ialah tomato, kentang, kubis, brokoli. Tetapi harus diingat, sayuran yang dimasak terlalu lama akan menjejaskan vitamin yang terkandung didalamnya.

Nak cara mudah untuk dapatkan Vitamin C?


Sustained release C plus Shaklee. Setiap tablet mengandungi 500 mg. Keistimewaannya adalah bersifat sustained release iaitu pelepasan secara berperingkat untuk memastikan khasiat vitamin C sentiasa ada dalam tubuh kita.
Hubungi 012-530 9250 untuk pembelian dan anda akan dapat konsultasi secara percuma.